
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.
Dunia pendidikan juga tidak terlepas daripada manfaat teknologi komunikasi ini.Banyak sekolah telah menggunakan radio, televisyen dan komputer untuk tujuan penyampaian mata pelajaran semata-mata.Peralatan yang sama turut digunakan di pusat-pusat pengajian tinggi dengan lebih menyeluruh lagi. Kemajuan pesat seperti ini membolehkan semua masyarakat terutamanya para pelajar mendapat medium komunikasi dengan mudah. Tidak hairanlah kanak-kanak generasi kini sudah mahir menggunakan komputer mikro dan CD-ROM.Perkembangan jalur lebar seperti media cetak,elektronik dan perisian komputer banyak membantu masyarakat terutama golongan pelajar seperti saya menerima maklumat.saya berpendapat dengan adanya jalur lebar,ia membantu menjadikan sesuatu kerja dengan lebih cepat,bermutu dan mudah untuk diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.


