Monday, March 22

KESAN JALUR LEBAR KEPADA KEHIDUPAN

Internet sememangnya mempunyai banyak faedah kepada manusia baik di dalam kehidupan seharian seperti penyebaran maklumat, memperolehi akses kepada sesuatu , kemudahan berkomunikasi menggunakan e-mel, chatting sehinggalah kepada kegunaan perniagaan seperti e-perdagangan, perbankan dan juga pembelajaran dalam talian.Sungguhpun demikian, disebalik kegunaannya yang pelbagai, tidak dinafikan masih terdapat juga keburukan sekiranya penggunaan internet disalahgunakan oleh masyarakat kita pada hari ini. Justeru, masyarakat perlu bijak untuk menilai dan menentukan yang terbaik supaya mereka memperolehi faedah dari kemudahan yang ada.Melalui internet, maklumat akan dapat disebarkan dengan lebih cepat.Dengan adanya teknologi yang canggih seperti internet, maka apa jua maklumat yang ingin diketahui akan dapat diperolehi.Dengan adanya kemudahan internet yang menyediakan pelbagai portal social networking juga membolehkan kita semua berhubung dengan keluarga, saudara mara dan rakan taulan tidak kira di mana mereka berada.Internet telah memberi perubahan yang amat ketara kepada para pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran secara jarak jauh di mana mereka tidak perlu lagi menghadiri kelas di kampus. Sebaliknya apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mengikuti modul-modul yang tertentu secara “on-line” melalui kemudahan pembelajaran dalam talian.Melalui kemudahan internet juga, pelbagai urusniaga dapat dijalankan secara on-line. Ini termasuklah urusan transaksi bank, pembayaran, penghantaran wang, pembelian melalui internet, tempahan hotel, tiket penerbangan, maklumat tukaran asing dan sebagainya.Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya pantas menyedari tentang kewujudan kesan-kesan negatif, di sebalik kebaikan daripada penggunaan internet.

No comments:

Post a Comment